Tuesday, October 20, 2009

Menghayati,mengkaji,berfikir..

    Memetik dari lirik lagu Mantera Beradu, dendangan Malique dan M.Nasir mbuatkan aku berfikir..Lagu duet dari 2 genarasi yg berbeza ini bukanlah antara lagu yg aku minati.. Biasa-biasa je namun lirik lagunya membuatkan aku agak mengagumi Malique..

    IJAZAH TERBAIK DATANGNYA DARI JALANAN, DARI PENGALAMAN BERCAKAP DAN BERSALAMAN. KONFLIK MOTIVASI CUBA MEDIKASI POSITIF DAN BENCI JADI INSPIRASI PAGI..

   Ini adalah bait-bait lirik yg berjaya mbuatkan aku berfikir dan seriusly aku tabik spring dgn insan yg bernama Malique.. Dia seorang yg kreatif dalam bidang penulisan.. Lirik yg diilhamkan adalah dari kata hatinya.. Dari apa yg beliau nampak..Walaupun aku tidak mengenal beliau secara dekat namun aku amat mengagumi beliau sejak masih bersama Too Phat..

   Oops, jgn cuba timbulkan spekulasi.. Bukan kerana paras rupa mbuatkan aku suka pada beliau.. Aku sukakan beliau kerana tulisannya.. Boleh dikatakan semua kaset Too Phat aku miliki.. Semua lagunya aku hafal walaupun sekarang banyak yg aku tak ingat..   

   Dipendekkan cerita, apa yg plg aku suka dengan liik lagu Malique ini adalah kerana beliau cuba memaparkan' kisah orang kita'.. Walaupun tak semua lagunya berkonsepkan begitu, namun dari kaca mata aku beliau menulis realiti kehidupan.. Dari apa yg beliau nampak dan lalui..

   Motif sebenar aku menulis blog ini kerana aku mahu insan di luar sana berfikir.. Setiap lagu yg dinyanyikan oleh artis tak semuanya ada unsur positif.. Yg negatif aku tak nak rungkaikan, kalian semua fikirlah sendiri.. Tak salah kita menghayati sesebuah lirik lagu itu.. Dalam menghayati tu, cuba lihat liriknya, cari apa sebenar yg mahu disampaikan.. Dengan ini kalian semua pasti akan berfikir.. Berfikir dari sudut negatif dan positif.. Dari situ kalian akan memahami dan menjadikannya contoh dlm khidupan seharian.. Jadi,marilah sama-sama kita fikirkan.. Jadilah org yg sentiasa berfikir dan tahu mana positif dan mana negatif..